Abu Sahid Mohamad

Tan Sri Abu Sahid Mohamed (58 tahun) adalah pemegang konsesi Maju Expressway (MEX) yang mengendalikan Lebuh raya Kuala Lumpur - Putrajaya - KLIA. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd. Beliau juga Pengerusi Kinsteel Bhd yang telah menerima kelulusan untuk menyenaraikan Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja Steel) di Papan Utama Bursa Malaysia.[1] Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Tasik Selatan.Pada 1977, syarikat pertama beliau ialah Maju Alat Ganti Sdn Bhd. Beliau juga Pengerusi eksekutif Ipmuda Bhd ;Pengerusi dan Pengarah Kinsteel Bhd sejak 26 Februari 2007 ; Pengerusi Konsortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd ; Pengarah Perwaja Holdings Bhd ; Bright Focus Berhad ; Maika Holdings Berhad ; Avalon Minerals Ltd ; Maju Expressway Sdn Bhd ; dan Perwaja Steel Sdn Bhd ; lembaga pengarah Kai Peng Berhad ;Pengerusi Selangor and Federal Territory Engineering ; Motor Parts Traders Association(1985 - 1987).[2] Pada 1996, Abu Sahid menerusi Maju Holding 'bailed out' Perwaja Steel dari kerajaan.Seterusnya menubuhkan syarikat besi keluli yang baru 'Kinsteel' pada 2005.Syarikat beliau juga membina dan mengendalikan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Terminal itu seluas tanah 20 hektar dengan kos RM570 juta.[3] Maju Junction yang merupakan pasar raya besar dan pejabat terletak di Kuala Lumpur juga miliknya.[4]